Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid, RLAF adakan kutipan dana khas untuk mangsa Yaman

Jul 28, 2017 | 04:45 AM



KESEMUA 71 masjid di Singapura dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan mengadakan kutipan dana khas bagi membantu mangsa krisis kemanusiaan di Yaman.



Pihak masjid akan meletakkan tabung khas selama seminggu bermula Jumaat (28 Julai) hingga Khamis depan (3 Ogos).



Kotak itu akan ditanda dengan ‘Bantuan Kemanusiaan bagi Rakyat Yaman’.



Yaman telah dilanda konflik sejak dua tahun lalu, memaksa lebih dua juta orang untuk berpindah dari rumah mereka dan tinggal di tempat seperti bangunan terbiar, pusat perlindungan sementara, atau kawasan terbuka.



Memburukkan keadaan lagi, kawasan itu terjejas dengan penularan wabak kolera yang telah membunuh ramai mangsa di Yaman.



Untuk membuat sumbangan, orang ramai boleh menderma dengan wang tunai, cek atau dalam talian, selain menderma di tabung masjid. 



Cek harus dibayar kepada “RLAF” dengan “Humanitarian Relief for People of Yaman” ditulis di belakang.



Wang tunai dan cek boleh dihantar ke Pejabat RLAF di Masjid Yusof Ishak, Level 4, 10 Woodlands Drive 17, Singapore 737740 atau ke RLAF, Singapore Islamic Hub, 273 Braddell Road, Singapore 579702.



Orang ramai juga boleh menghantar derma dalam talian di laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), https://zakat.sg/ePayment/donations.aspx.



RLAF berkata ia akan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk memastikan cara terbaik menyalurkan derma yang dikumpul.



Yayasan itu akan memberi tumpuan kepada usaha menghulurkan bantuan kecemasan dan memberi harapan kepada kanak-kanak yang terjejas dalam krisis tersebut.



“Usaha kutipan dana ini merupakan sumbangan kecil kami untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa dan keluarga mereka,” ujar kenyataan RLAF semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >