MASJID Sultan masih memerlukan sekitar $2.5 juta bagi membiayai kerja naik taraf yang akan melengkapkan bangunan bersejarah itu dengan pelbagai kemudahan mesra warga tua, seperti lif dan tanjakan kerusi roda.
Bagi membiayai kos pembinaan yang dianggar menelan belanja $3.45 juta itu, pihak pengurusan masjid menyusun pelbagai kegiatan mengumpul dana.