Masjid Yusof Ishak di Woodlands

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah memberi penghormatan khas kepada mantan presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak, di atas segala sumbangan beliau kepada negara ini.

Dalam ucapan bahasa Melayu beliau di Rapat Hari Kebangsaan sebentar tadi, Encik Lee mengumumkan bahawa sebuah masjid akan dinamakan atas nama Encik Yusof Ishak, yang akan dibina di Woodlands.

Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) juga akan dinamakan atas nama beliau - Iseas-Institut Yusof Ishak.

Manakala pemerintah akan memulakan 'Kerusi Profesor Yusof Ishak dalam Sains Sosial' di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Pengumpulan dana bagi kerusi itu akan diusahakan sebuah jawatankuasa yang dilantik Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.