Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Masuk bazar cari kuih, keluar dengan berjambul baru sekali...

Jun 24, 2015 | 10:55 AM



JANGAN terkejut jika anda melihat kaum Adam keluar dari bazar Ramadan di Geylang Serai bukan sahaja dengan hidangan berbuka di tangan, malah rambut 'berstail' baru.


Ini kerana sebuah kedai gunting rambut - siap berhawa dingin - juga terdapat di bazar itu.


Pemilik kedai gunting rambut The Golden Rule Barber (TGR), Encik Aryan Siswanto Kasmani, mendapat idea menyewa gerai di bazar itu setelah mendapati tiada perkhidmatan gunting rambut disediakan di bazar selama ini.


"Ini kali pertama dalam sejarah agaknya seseorang membuka kedai gunting rambut berhawa dingin di bazar Ramadan di Geylang Serai," kata beliau, yang mesra dipanggil Yanto, sambil tergelak.


Kedai gunting rambut Encik Yanto, 32 tahun, itu seakan-akan kedai tetapnya di Race Course Road.


Usaha beliau nampaknya berbaloi.


Walaupun baru hampir seminggu kedai itu dibuka, ia sudah menarik perhatian dengan pelanggan beratur menunggu giliran rambut mereka dipotong pada bayaran $35.


"Kami juga telah membuat promosi tentang kedai gunting rambut ini di akaun laman sosial kami, seperti Facebook dan Instagram. Mungkin itulah sebabnya pelanggan datang walaupun kami baru buka kedai.


"Salah satu sebab kami membuka kedai ini ialah kami ingin menarik pelanggan baru dari daerah timur Singapura dan menjadikan kedai kami lebih terkenal," kata Encik Yanto, yang berambut rapi dan bermisai lentik.


Namun, ini bukan kali pertama TGR membuka kedai gunting pop-up, iaitu kedai yang dibuka di ruang penjualan tempoh pendek.


Ia pernah dibuka di pelbagai acara lain.


Pada Disember lalu, ia membuka kedai gunting rambut dan cukur janggut di kedai pakaian Zalora.


"Tetapi bagi acara-acara itu, kami buka kedai cuma satu atau dua hari sahaja.


"Ini kali pertama kami membuka kedai pop-up sepanjang bulan. Dalam Ramadan, ia lebih mencabar kerana pelanggan tentu ramai. Bilangan pelanggan pun akan meningkat pada minggu-minggu akan datang," ujar Encik Yanto.


Selain menggunting rambut, TGR menjual barangan seperti pomade, iaitu gel rambut bagi membentuk jambul, serta mempromosikan bengkel memotong rambut gaya 'faded line pompadour', iaitu stail rambut berjambul di tengah dan tipis di tepi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >