Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masuk jel semula dek dadah, lepas dibebas pada 2014

Nov 02, 2015 | 01:02 PM



SEORANG lelaki berusia 50 tahun yang dilepaskan daripada tuduhan dadah dan dibebaskan pada April tahun lalu semasa menjalani hukuman penjara enam tahun, dimasukkan semula ke penjara bagi kesalahan sama.


Noor Amran Ismail dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat bulan pada 20 Oktober bagi satu pertuduhan menggunakan morfin secara haram. Dia terselamat daripada hukuman rotan disebabkan umurnya.


Noor Amran ditangkap pada Jun 2011 dalam sekatan jalan raya kerana gagal melaporkan diri bagi ujian air kencing.


Sampel air kencingnya didapati positif morfin, dan pada Februari 2013 dia dihukum penjara enam tahun dan rotan enam kali.


Pada Ogos 2013, ketika di dalam penjara, dia menulis kepada Projek Innocence, di mana pelajar undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) menyiasat dan menilai dakwaan sabitan jenayah salah untuk disusuli bersama peguam pro-bono.


Para pelajar itu mendapati dia mengambil ubat preskripsi yang mengandungi codeine, yang menjejaskan ujian air kencing bagi morfin.


Ini tidak didedahkan semasa perbicaraan. Noor Amran berkata peguamnya mengarahkan dia berdiam diri apabila diminta membela diri.


Selepas bukti baru ditemui untuk menyokong dakwaannya bahawa dia telah mengambil ubat preskripsi, peguam pro-bono Mervyn Cheong memohon perbicaraan semula pada akhir 2013, tanpa dibantah pihak pendakwaan.


Selepas menilai kemungkinan ubat itu menjejas ujian air kencing, pihak pendakwaan meminta dia dibebaskan.


Pada April tahun lepas, dia dibebaskan setelah menghabiskan kira-kira tiga tahun dalam reman dan penjara.


Bagaimanapun pada Januari lalu, pegawai antinarkotik menyerbu sebuah apartmen dan menemui dua paket mencurigakan dalam miliknya, yang berada di apartment itu.


Salah satu daripada paket itu didapati positif dadah heroin, tetapi Noor Amran berkata dia tidak mengambil dadah itu.


Namun, sampel air kencingnya didapati positif morfin, dan dia didakwa pada 28 Jan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >