Masuk trek semasa F1 Singapura: Warga Britain didakwa

LELAKI yang memasuki trek perlumbaan semasa Grand Prix Singapore Singapore Airlines didakwa pada Selasa (22 Sep) melakukan perbuatan gopoh.

Tiada pengakuan diambil daripada rakyat Britain itu, Yogvitam Pravin Dhokia, 27 tahun, yang dituduh bertindak gopoh hingga membahayakan keselamatan pemandu perlumbaan Formula Satu itu dekat Selekoh 13 di Esplanade Drive pada 9 malam Ahad (20 Sep).

Kamera litar tertutup TV menunjukkan seorang lelaki memasuki trek perlumbaan melalui jurang pada pagar. Dia kemudian menyeberang trek itu perlahan-lahan apabila pemandu pasukan Ferrari yang sedang mendahului perlumbaan, Sebastian Vettel, muncul dari selekoh tersebut.

Lelaki itu kemudian meninggalkan trek.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Marshall Lim meminta penangguhan singkat bagi menyelesaikan siasatan. Beliau berkata Dhokia mungkin menghadapi tuduhan baru.

Tiada sesiapa meletak ikat jamin $15,000 baginya semalam. Penjaminnya harus sama ada warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura atau pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi British.

Dhokia, yang tidak bekerja, berkata jumlah itu terlalu tinggi baginya dan dia sudah menghabiskan semua simpanannya bagi tiket perlumbaan.

Pasportnya dirampas dan kesnya akan disebut pada 6 Oktober.

Jika sabit kesalahan, Dhokia boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan dan/atau denda hingga $2,500.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.