DEK mengharapkan tuah lebih baik tahun baru ini, ramai warga Cina setempat beratur panjang di bank dan mesin deposit wang di serata Singapura semalam.
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, memasukkan wang sempena Li Chun atau Hari Petani dapat membawa kekayaan dan tuah kepada seseorang. Li Chun jatuh antara 4 dengan 18 Februari dan menandakan permulaan musim bunga mengikut kalendar Cina.