RAMADAN lalu, masjid dan badan masyarakat telah membuka pintunya kepada semua, termasuk golongan memerlukan, sekali gus mencerminkan keyakinan, rasa bersyukur dan semangat sedia membantu dalam masyarakat.
Menyatakan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata semangat itu akan membuat masyarakat mampu mencorak masa depan lebih cerah.