ANUGERAH JAUHARI: ENCIK EDMUND KWOK, KETUA EKSEKUTIF YAYASAN BUAH PINGGANG KEBANGSAAN (NKF)

Masyarakat perlukan Jauhari sebagai pembimbing

"Kejayaan seseorang individu ditentukan bukan kerana apa yang telah diraihnya tetapi sumbangannya untuk membantu orang lain. Masyarakat memerlukan individu yang berjaya untuk membantu dan membimbing orang lain ke arah masa depan yang lebih baik. Saya amat gembira Anugerah Jauhari Berita Harian mengiktiraf individu seperti itu. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang anugerah tahun ini dan semua calon. Mereka semua telah mempamerkan nilai-nilai itu melalui kerja-kerja yang baik dan bermakna. Adalah penting juga memastikan bahawa generasi muda terus membangunkan nilai-nilai yang baik dan bekerja keras untuk mengejar impian mereka. Anugerah Jauhari Harapan adalah satu platform yang baik untuk menggalak dan mengiktiraf individu muda yang berusaha keras menjadi yang terbaik dan menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka dan generasi akan datang. Saya memuji BH kerana membantu memperkasa individu mencapai yang terbaik dalam kehidupan mereka. Kami berterima kasih kepada BH kerana bekerja rapat dengan NKF dan Geng Sihat SG untuk mendidik dan membolehkan masyarakat menjaga kesihatan mereka. Kita semua harus menjalin kerjasama lebih erat demi kebaikan masyarakat dan membawa Singapura ke peringkat seterusnya."

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.