Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat sedia baiki lagi prestasi

Yaacob: Masyarakat Melayu/Islam lebih positif harungi tahun baru 2018, terus jadikan diri relevan agar dapat sesuaikan diri dengan perubahan
Dec 31, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam Singapura telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai sebuah masyarakat.



Justeru, mereka harus lebih berkeyakinan dan bersikap positif bagi mengharungi tahun baru 2018, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



"Terdapat tanda dan isyarat bahawa adanya peningkatan keyakinan dalam masyarakat kita. Apa yang lebih penting lagi, kita mesti terus menjadikan diri kita relevan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa juga perubahan," kata beliau yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, dalam wawancara eksklusif bersama Berita Minggu baru-baru ini.



Bagi 2018, Dr Yaacob berkata beliau yakin lebih ramai pelajar Melayu/Islam dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dari segi kerencaman bakat.



"Momentum yang telah pun kita mulakan boleh diteruskan dengan melangkah lebih jauh lagi. Kita mahukan 2018 untuk terus menunjukkan trend peningkatan.



"Kita boleh berasa lebih positif dalam melangkah ke 2018 kerana kita telah menunjukkan kelakonan yang baik sebagai sebuah masyarakat," tambah beliau.



Dalam wawancara lebih sejam itu, Dr Yaacob menyentuh pelbagai isu - termasuk pencapaian dan cabaran yang menjejas masyarakat Melayu/Islam Singapura.



Antaranya termasuk daya ketahanan badan Melayu/Islam membuat penyesuaian dalam mengharungi masa dan zaman yang pantas berubah, persediaan menghadapi perubahan teknologi dan ekonomi digital, mengenal pasti bakat muda sebagai pemimpin organisasi dan badan Melayu/Islam serta dalam arena politik, pemilihan Puan Halimah Yacob sebagai Presiden serta cabaran media aliran utama.



Bagi daya ketahanan masyarakat, Dr Yaacob menyingkap pencapaian membanggakan beberapa badan Melayu/Islam termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan juga Masjid Khalid.



Namun, sedang masyarakat secara umum, ujarnya, menunjukkan pencapaian yang baik sepanjang tahun lalu, Dr Yaacob bagaimanapun turut melahirkan rasa prihatin sama ada masyarakat Melayu/Islam sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi dan mengharungi perubahan ekonomi digital.



"Kita (masyarakat Melayu/Islam) memang mempunyai beberapa pencapaian dalam soal ini. Namun, jika anda bertanya pada saya, ia adalah tidak mencukupi.



"Kita memerlukan hampir seperti satu revolusi (minda) tentang bagaimana kita dapat melihat dunia kerana ia sedang berubah pesat, dan kita tidak boleh berpura-pura yang ia tidak berlaku," tegas Dr Yaacob.



"Momentum yang telah pun kita mulakan boleh diteruskan dengan melangkah lebih jauh lagi. Kita mahukan 2018 untuk terus menunjukkan trend peningkatan.



Kita boleh berasa lebih positif dalam melangkah ke 2018 kerana kita telah menunjukkan kelakonan yang baik sebagai sebuah masyarakat."
- Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.




Pencapaian, cabaran, peluang Daya tahan ke depan:



Semakin ramai pelajar poly ambil kursus sokong pertumbuhan ekon



Presiden Halimah diyakini dapat tambat hati rakyat



Badan Melayu/Islam ada daya tahan tinggi



Usaha manfaatkan bakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >