SEBUAH kolong blok di Eunos Road 5 semalam sesak dengan orang ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada pelajar Sekolah Geylang Methodist (Menengah), Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi.
Allahyarham, 12 tahun, meninggal dunia selepas dihempap palang gol semasa kelas pendidikan jasmani di sekolahnya kelmarin.