SEDANG ramai gadis sebaya tergila-gilakan pemain bola sepak antarabangsa kacak seperti Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat, Alex Morgan, menjadi idola Nur Izzati Rosni.
Sebabnya, Nur Izzati juga ingin mencipta nama sebagai pemain wanita muda yang digeruni. Apatah lagi selepas beliau berjaya menjaringkan 23 gol dalam liga bola sepak tempatan.