Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat bayi dalam tandas: Punca kematian tidak dapat ditentukan

Oct 21, 2016 | 08:55 AM



MAYAT kecil seorang bayi lelaki baru lahir ditemui dalam sebuah beg plastik dalam sebuah tong tuala wanita di tandas wanita stesen MRT Tampines pada Jun lalu.



Pada Khamis (20 Okt), Koroner Negara Marvin Bay mencatatkeputusan terbuka dalam siasatan kematian bayi itu.



Seorang pekerja pembersihan berusia 75 tahun menemui bayi itu, dengan tali pusat dan urinya masih utuh, ketika beliau membersihkan tong tersebut pada kira-kira 1.20 petang pada 3 Jun.



Paramedik kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.



Tiada kecederaan dilihat pada tubuh bayi itu, mahupun tanda-tanda reput, atau bayi itu dilahirkan dalam tandas tersebut.



Ibu bayi itu dipercayai datang ke Singapura dari Batam dan telah pulang ke sana, siasatan itu diberitahu.



Rakaman litar tertutup menunjukkan seorang wanita masuk ke tandas tersebut pada kira-kira 10 pagi itu dan keluar pada kira-kira 11.10 pagi.



Beliau kelihatan sukar berjalan.



Siasatan polis menunjukkan beliau mungkin seorang warga Indonesia berusia 35 tahun, yang dirujuk sebagai Cik M, yang jelas hamil ketika datang ke Singapura pada 25 Mei melalui Terminal Feri HarbourFront.



Beliau tiba bersama dua rakan senegaranya berusia 26 dan 31 tahun, yang juga dilihat memasuki tandas itu beberapa jam sebelumnya.



Seorang daripada mereka membawa beg yang kelihatan berat. Mereka beredar 20 minit kemudian bersama beg itu, yang jelas kelihatan lebih ringan dan bergoyang.



Ketiga-tiga wanita berkenaan telah meninggalkan Singapura. Mereka dipercayai membantu di sebuah Bazar Hari Raya di lelapang depan stesen MRT Tampines. Nama mereka disunting daripada dokumen mahkamah.



Dalam laporan bedah siasatnya, seorang pakar patologi forensik menulis bahawa punca kematian bayi cukup bulan itu tidak dapat ditentukan dan kematian sewaktu lahir tidak dapat ditolak.



Berdasarkan hasil bedah siasat semata-mata, tidak jelas apakah bayi itu dilahirkan hidup. Perbuatan sengaja melemaskan bayi itu juga tidak boleh ditolak kerana ia mungkin tidak meninggalkan sembarang kecederaan pada bayi baru lahir.



Tetapi bayi itu juga mungkin lemas melalui proses semula jadi, jika dia tidak menerima oksigen mencukupi sebelum, semasa, atau selepas kelahiran.



Bayi itu juga mungkin mati akibat sebab-sebab seperti dehidrasi, atau paras gula darah rendah sekiranya ia tidak diberi makan selepas kelahiran.



Encik Bay berkata bukti dokument dan keadaan menunjukkan dengan kuat bahawa tiga wanita itu ada kaitan dengan penemuan bayi tersebut, dengan Cik M kemungkinan besar ibunya.



Namun, beliau terpaksa mencatat keputusan terbuka kerana itu tidak dapat dibuktikan disebabkan ketiadaan Cik M dan punca kematian tidak dapat dipastikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >