Mayat ditemui di Victoria Park Road

MAYAT seorang wanita telah ditemui di sebuah kawasan estet perumahan privet di Victoria Park Road.

Ia terletak dekat stesen MRT Farrer Rd.

Beberapa pegawai polis, termasuk beberapa penyiasat, dilihat mengumpul bukti di sebuah rumah banglo di Victoria Park Road.

Sebuah khemah biru polis turut dilihat menutup mayat wanita tersebut yang terbaring di tepi kolam renang di rumah banglo itu. 

Punca kematiannya tidak diketahui, namun akhbar ini difahamkan, kes tersebut telah disifatkan sebagai kematian luar biasa.

Siasatan masih dijalankan. 

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.