Mayat lelaki tidak dikenali ditemui di BKE

MAYAT seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di sekitar Ekspreswe Bukit Timah (BKE) berhampiran Woodlands pagi tadi.

Menurut polis, mereka menerima panggilan meminta bantuan sekitar 8.56 pagi di sekitar BKE ke arah Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Mayat yang ditemui terbaring dan tidak bergerak itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

"Pihak polis sedang menyasiat kematian yang luar biasa," kata jurucakap polis.

Akhbar petang Lianhe Wanbao melaporkan mayat tersebut ditemui terbaring di kawasan tumbuh-tumbuhan di sebelah jalan susur keluar 10B, sekitar 50 meter daripada kawasan kilang.

Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Dilaporkan beliau mempunyai banyak duit syiling banyak, dan duit nota $2 dan $5.

Akhbar tersebut juga melaporkan anjing polis telah dilihat sedang memeriksa kawasan di mana lelaki tersebut telah ditemui.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.