Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MCI beri amaran ketua biro The Economist atas campur tangan politik S’pura

Sep 08, 2023 | 07:06 PM



Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah mengeluarkan amaran kepada Encik Dominic Ziegler, ketua biro The Economist Singapura, atas “tindakan yang berupa campur tangan dalam politik domestik”.


MCI, dalam satu kenyataan pada 8 September, berkata ia juga telah menyatakan “dengan jelas jangkaannya” kepada Encik Ziegler supaya beliau tidak mengulangi perbuatannya.

Dalam kenyataannya, MCI menyatakan Encik Ziegler telah mengesahkan secara terbuka, dalam bentuk tulisan, penerbitan dalam talian tempatan, Jom, pada 25 Ogos.


“Beliau membandingkan Singapura dengan negara yang tidak liberal, dan menggalakkan rakyat Singapura supaya menerima visi alternatif, dan bukan apa yang ditawarkan oleh negara dan media yang didakwa tunduk kepada pemerintah,” katanya.

“Tindakan Ziegler jelas melampaui batas membuat laporan mengenai Singapura kepada menyertai hal ehwal domestik Singapura.”

Encik Ziegler kerap menulis untuk ruangan Banyan dalam majalah The Economist yang meliputi politik dan budaya Asia.


MCI berkata Encik Ziegler telah mengambil kesempatan akan statusnya di Singapura sebagai wartawan sebuah penerbitan antarabangsa berprestij untuk mendorong rakyat Singapura menyokong pandangannya mengenai politik domestik di Singapura, sedangkan beliau bukan rakyat negara ini.

“Sudah menjadi dasar pemerintah sejak sekian lama bahawa campur tangan asing dalam politik domestik kita tidak boleh diterima,” kata MCI. “Politik Singapura dikhususkan hanya kepada rakyat Singapura.”


Wartawan asing bebas melaporkan dan mengulas tentang Singapura dalam penerbitan masing-masing untuk khalayak global, kata MCI, sambil menyatakan bahawa Encik Ziegler sendiri telah melakukannya secara kerap.

“Pemerintah menegaskan haknya untuk membalas bagi membetulkan laporan asing yang dianggap tidak tepat atau berat sebelah, tetapi ia tidak menghalang wartawan asing melibatkan sesiapa yang mereka mahu di sini dan melaporkan Singapura dalam apa jua cara yang mereka fikirkan sesuai,” tambahnya.

Menurut MCI, ramai koresponden asing dan saluran media berpusat di Singapura.

The Economist sendiri telah mengembangkan bironya di sini dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan memindahkan ramai wartawannya yang sebelum ini berpangkalan di tempat lain di rantau ini ke Singapura, katanya lagi.


Ia tidak akan berbuat demikian jika ia tidak menganggap Singapura sebagai pangkalan sesuai untuk korespondennya, tambah MCI.

Dalam ruangan Banyan pada Mei, Encik Ziegler mengumumkan kepada pembaca The Economist bahawa beliau telah berpindah ke Singapura dari Hong Kong.


MCI berkata: “Kami terus mengalu-alukan wartawan asing dan saluran media beroperasi dan melaporkan mengenai Singapura, termasuk The Economist. Bagaimanapun, mereka mesti mematuhi undang-undang kita dan tidak boleh mencampuri politik domestik kita.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >