Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MediShield Life tawar premium rendah, dimampui rakyat

Jun 27, 2014 | 05:03 PM



BAYARAN yang perlu dilunaskan rakyat Singapura bagi perlindungan insuran kesihatan sepanjang hayat atau MediShield Life adalah rendah - tidak lebih daripada $355 setahun - dengan sebahagian besar daripada kadar itu diserap oleh pelbagai subsidi dan tokokan yang diberikan pemerintah.


Ini berdasarkan laporan Jawatankuasa Semakan MediShield Life yang diumumkan hari ini.


Jawatankuasa itu turut menyatakan, kesemua bayaran premium dijangka dapat ditampung menerusi sumbangan Medisave, sekaligus tidak memerlukan warga mengeluarkan wang tunai.


Laporan yang dibentangkan hari ini merangkumi butiran tentang kadar premium yang harus dibayar, faedah, subsidi dan satu saranan baru - agar Pemerintah membentuk satu 'pelan perlindungan bersepadu' yang setara yang dipadankan dengan wad B1 hospital swasta.


Pelan bersepadu merangkumi pelan asas MediShield dan faedah tambahan yang dilindungi insuran swasta yang mana ia membolehkan pemegang pelan ini menikmati kelas wad lebih tinggi dan menikmati had tuntutan lebih tinggi.


Melihat kepada faedah yang besar - seperti meniadakan had seumur hidup dan tuntutan harian dan tahunan lebih tinggi - selain menyertakan golongan tua dan sakit, terdapat kebimbangan bayaran premium akan meningkat dengan banyaknya hingga ia tidak dimampui ramai.


Namun begitu, peningkatan besar premium sebelum potongan subsidi adalah $355 setahun bagi mereka berusia antara 75 dan 77 tahun.


Bagi golongan ini, premium akan meningkat dari $775 kepada kadar baru $1,130.


Bagi mereka yang berumur antara 21 hingga 30 tahun, premium yang akan meningkat tanpa potongan subsidi adalah $129, sementara untuk mereka yang berusia antara 51 hingga 60 tahun pula adalah $285.


Jawatankuasa menyarankan agar Pemerintah membantu mengurangkan sebahagian peningkatan pada kadar bayaran itu.


Seharusnya perlu ada subsidi tetap berdasarkan per kapita pendapatan isi rumah, mulai dari 15 peratus untuk mereka yang pendapatan dalam kelas pertengahan ke atas dan berusia 40 tahun ke bawah, sehinggalah kepada 50 peratus subsidi untuk individu bergaji kecil dan berusia lebih daripada 90 tahun.


Jawatankuasa itu juga menyarankan diadakan set subsidi peralihan kedua untuk setiap warga Singapura untuk dibahagikan dalam masa empat tahun - 80 peratus peningkatan premium pada tahun pertama, dan menurun kepada 20 peratus pada tahun ke-4.


Disebabkan pemberian kesemua subsidi ini, Generasi Perintis Singapura - yang merupakan warga republik ini sebelum 1987 dan berusia 65 tahun atau lebih tua tahun ini - akan mendapati kadar bayaran premium MediShield Life mereka adalah lebih rendah daripada biasa.


Peningkatan maksimum untuk premium bagi tahun pertama MediShield Life adalah kurang daripada $3 sebulan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, dan kurang daripada $6 sebulan untuk golongan berpendapatan tinggi; dan selepas berakhirnya subsidi peralihan, peningkatannya adalah dari $3 kepada $11 sebulan untuk pekerja bergaji kecil; $5 kepada $14 untuk pekerja berpendapatan sederhana; dan antara $7 hingga $30 sebulan untuk pekerja bergaji besar.


Premium yang rendah ini ditampung oleh Pemerintah menerusi $4 bilion yang akan dibelanjakan menerusi subsidi untuk lima tahun pertama MediShield Life, yang akan melindungi setiap warga, sihat atau berpenyakit, muda atau tua, selama hidup mereka.


Skim baru ini dijangka bermula akhir tahun depan.


Sementara itu, unit maklumbalas pemerintah, Reach, telah menyediakan wadah dalam talian untuk orang ramai memberi pandangan tentang MediShield Life, menyusuli pembentangan lengkap tentang perlindungan insuran kesihatan itu hari ini.


Pengerusi Reach, Dr Amy Khor, yang juga Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), berkata, pemerintah telah menerima seluruh saranan jawatankuasa itu.


"Ia juga mengalu-alukan saranan pihak jawatankuasa bagi Pelan Perlindungan Bersepadu dan isu-isu lain yang berkaitan dengannya, dan akan mengkaji tentang cara terbaik pelaksanaannya," ujar beliau.


"Namun begitu proses ini tidak terhenti di sini. Kami ingin terus mendekati rakyat dan mendengar pandangan mereka," katanya lagi.


Laporan lengkap usulan Jawatankuasa Semakan Medishield Life di bawah ini:





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >