Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN: BAZAR DI CITY PLAZA

MegaXpress gembleng bakat artis tempatan meriahkan bazar

Jun 25, 2016 | 05:30 AM



WALAUPUN tempat bazar agak terhad, jumlah pengunjung yang datang ke bazar anjuran MegaXpress International Pte Ltd di City Plaza tetap rancak.



Pengarah Urusan MegaXpress, Encik Hamzah Haji Abdullah, berkata bazar itu padat dengan pengunjung, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan hujung minggu.



Bazar itu menampilkan sekitar 38 gerai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan Hari Raya.



Ini termasuk gerai menjual pakaian fesyen terkini, barang perhiasan rumah, aksesori dan kuih-muih Raya.



"Sasaran kami adalah pengunjung dari usia muda hingga ke mereka yang sudah lanjut usia," kata beliau.



Sebelum ini, MegaXpress International pernah menganjurkan bazar Ramadan dekat kawasan Tanjong Katong Complex, kawasan SingPost di Paya Lebar dan di Arab Street.



Program hiburan juga disediakan setiap malam untuk merancakkan suasana bazar di City Plaza itu.



Menurut Encik Hamzah, bazar itu menampilkan bakat setempat yang menyerlah membuat persembahan.



"Kita ada ramai bakat setempat. Kami mahu beri galakan kepada mereka yang mempunyai bakat terpendam dan belum dicungkil tampil dan tunjukkan bakat mereka," ujar beliau.



Encik Hamzah berharap orang ramai akan terus mengunjungi bazar itu bagi memeriahkan lagi suasana semasa Ramadan ini.



"Saya harap orang ramai, juga mereka yang bukan Melayu, datang ke bazar ini untuk memberi sokongan padu kepada pegerai perniagaan setempat di sini.



"Saya harap kita dapat tolong-menolong satu sama lain dan merancakkan lagi bazar di City Plaza ini," kata beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >