BADAN Agama dan Pelajaran Radin Mas (Bapa) telah mengumpul lebih $200,000 bagi membantu rakyat Palestin di Gaza sejauh ini.
Jumlah tersebut melebihi matlamat awal $100,000 yang ditetapkan badan tersebut apabila ia memulakan usaha pengumpulan dana tersebut pada 9 Julai lalu.