SEBAGAI lulusan kursus Diploma Reka Bentuk Produk, Cik Sari Atiqa Ramli lebih condong memikirkan tentang aspek kesenian arca digitalnya dan bukannya butiran teknikal terperinci.
Walaupun tidak mahir dalam bidang kejuruteraan, pemetaan projek dan pemprograman komputer, beliau yang tamat pengajian di Maktab Seni Lasalle teruja ingin pelajari sesuatu yang baru.