Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 1)

Bagaimana CPF boleh membantu memenuhi 3 keperluan asas dalam hidup anda?
Jan 28, 2017 | 09:00 AM



 



 PERSARAAN



CPF LIFE memberi anda pendapatan persaraan tetap sepanjang hayat. Lebih banyak wang anda salurkan ke dalam CPF LIFE, lebih tinggi bayaran bulanan anda sepanjang hayat.



 PENJAGAAN KESIHATAN

Menerusi Medisave, anda boleh menyimpan wang bagi perbelanjaan perubatan masa hadapan, terutamanya selepas bersara. Anda boleh menggunakan Medisave anda untuk membayar premium MediShield Hayat anda, dan juga untuk kos perubatan lain.



 PERUMAHAN



Akaun Biasa (OA) anda boleh digunakan untuk membeli flat HDB atau hartanah privet. 




 SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI!

 



 



Soalan: CPF adalah wang saya. Mengapa saya tidak boleh menggunakannya sesuka hati saya? 



Jawapan: Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mempersiapkan anda untuk persaraan. Rakyat Singapura kini hidup lebih lama. Di kalangan rakyat Singapura berusia 65 hari ini, 1 dalam 2 akan hidup melebihi 85 tahun, dan 1 dalam 3 akan hidup melebihi 90 tahun. Oleh itu, kita mesti menyimpan lebih banyak wang untuk persaraan.



Kini, anda boleh menggunakan sebahagian simpanan CPF anda untuk keperluan asas lain, seperti perumahan dan penjagaan kesihatan, walaupun sebelum bersara. Jika digunakan untuk lebih banyak tujuan atau dikeluarkan terlalu awal, ia tidak dapat menyara persaraan anda secukupnya.



Namun, jika anda menghidapi penyakit serius, anda boleh memohon bagi pengeluaran awal simpanan CPF di bawah Skim Sebab-Sebab Perubatan (Medical Grounds Scheme).





Soalan: Bagaimana jika saya tidak mempunyai simpanan Akaun Biasa (OA) yang mencukupi untuk membayar pinjaman perumahan HDB saya?



Jawapan: Anda boleh berjumpa dengan para Kaunselor Perumahan di HDB. Bagi para pemilik flat yang menghadapi kesukaran kewangan sementara, HDB boleh melaksanakan langkah-langkah jangka pendek, seperti mengurangkan atau menangguhkan ansuran gadai janji anda untuk tempoh tertentu, atau melaksanakan satu pelan bayaran ansuran untuk anda membayar tunggakan gadai janji anda.



Bagi para pemilik flat yang tidak lagi mampu untuk mengekalkan flat mereka, HDB akan membantu anda meneroka penyelesaian jangka panjang, seperti berpindah ke flat bersaiz lebih kecil dan termampu.



Anda ada soalan yang ingin ditanya? E-mel kami: askcpf@sph.com.sg




SERTAI KUIZ KAMI!



10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!



Soalan Peraduan: Apakah itu CPF LIFE?



1. Sebuah skim anuiti yang memberi anda bayaran bulanan sepanjang hayat.


2. Sebuah skim anuiti yang memberi anda bayaran bulanan sehingga simpanan CPF anda habis.





Hantarkan jawapan anda di [embed]http://contest.sph.com.sg/cpf1[/embed] atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. 



Tarikh tutup: 5 Februari 2017





Terma dan Syarat: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 6 Mac 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau pos.



Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions



Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB).



Sila klik di sini untuk menikmati Memahami CPF: Semudah 1, 2, 3 (Siri 2)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >