Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 2)

Feb 04, 2017 | 09:00 AM



Siapa membantu mengembangkan simpanan CPF anda? 









Anda Majikan  Pemerintah 

 



Selain caruman anda sendiri, majikan anda juga mencarum kepada CPF anda, sehingga 17% daripada gaji bulanan anda.



Pemerintah juga membantu mengembangkan simpanan anda dengan membayar anda kadar faedah menarik dan bebas risiko. Sehingga:



• 3.5% bagi Akaun Biasa (OA) setiap tahun



• 5% bagi Akaun Khas (SA) dan Akaun Medisave (MA) setiap tahun



• 6% setiap tahun bagi para anggota lebih tua berusia 55 tahun ke atas



Para anggota bergaji lebih rendah juga meraih manfaat daripada Skim Daya Kerja (Workfare).




 SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI!

 





SOALAN: Majikan saya tidak membayar caruman CPF. Adakah ia dibenarkan? Apa yang harus saya buat?



JAWAPAN: Majikan anda dikehendaki mencarumkan CPF untuk anda, jika:



• anda adalah pekerja Warga Negara Singapura / Penduduk Tetap (PR) Singapura yang meraih gaji melebihi $50 sebulan.*



• bekerja secara sepenuh masa, sambilan / ad-hoc / kontrak atau semasa probesyen anda.



Jika anda memerlukan bantuan, hubungi hotline WorkRight di 1800-221-9922 atau e-mel http://workright@mom.gov.sg



* CPF tidak dibayar dalam kes-kes terhad ini: para pelajar yang bekerja semasa cuti sekolah rasmi mereka, para pelajar tertiari yang bekerja di bawah pelbagai program latihan yang diluluskan dan para pekerja yang berkhidmat di luar negara. 



 





SOALAN: Saya bekerja sendiri. Selain caruman wajib Medisave, bolehkah saya mencarum ke akaun-akaun CPF saya yang lain untuk mengembangkan simpanan persaraan saya?



JAWAPAN: Ya, anda boleh mencarum ke akaun-akaun CPF anda menerusi Caruman CPF Secara Sukarela atau menerusi Skim Tokokan Jumlah Persaraan (RSTU). 



Pelepasan cukai diberikan bagi caruman wang tunai secara sukarela, tertakluk kepada hadnya.



 



Anda ada soalan mengenai CPF? E-mel kami: askcpf@sph.com.sg



SERTAI KUIZ KAMI!



10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!



Soalan Peraduan: Majikan saya mesti mencarumkan CPF untuk saya jika gaji saya:



A)  melebihi $50 sebulan



B)  melebihi $500 sebulan



Hantarkan jawapan anda di contest.sph.com.sg/cpf2 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF2 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 12 Februari 2017.



Terma dan Syarat: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 6 Mac 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.



Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)



Klik di sini untuk menikmati Memahami CPF: Semudah 1, 2, 3 (Siri 1)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >