Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memberi menteri pelepasan cepat amalan biasa: ICA

Jul 19, 2016 | 11:01 AM



MEMBERI pelepasan cepat kepada menteri adalah amalan biasa Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), ujar penguasa itu pada Selasa (19 Julai) bagi menjawab pertanyaan media.



ICA juga mengesahkan Menteri Pembangunan Keluarga dan Sosial Tan Chuan-Jin sedang bersama kumpulan penduduk dan pemimpin akar umbi beliau dalam 20 bas pada Ahad (17 Julai) apabila beliau, pegawai keselamatan dan penumpang lain dalam bas beliau diberi pelepasan cepat, tanpa perlu beratur, di Pusat Pemeriksaan Tuas pada kira-kira 9.20 malam.



Penumpang dalam 19 bas lain menjalani pelepasan seperti biasa, tambah ICA.



"Adalah amalan biasa ICA memberi pelepasan cepat kepada menteri, di kedua-dua belah Tambak Johor serta ahli kerabat diraja Malaysia," kata ICA.



"Apabila mereka melakukan perjalanan dengan orang lain secara kumpulan, pegawai ICA akan menggunakan pertimbangan mereka dalam proses pelepasan itu," katanya.



Respons ICA itu datang sehari selepas Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Png Eng Huat, komen di laman Facebook beliau bahawa beliau "kecewa" melihat lorong bagi pemeriksaan imigresen dibuka khas untuk Encik Tan dan penduduk beliau.



Encik Tan AP GRC Marine Parade.



Dalam posnya, Encik Png, AP SMC Hougang, berkata kastam "sesak" apabila beliau dan penduduknya balik daripada satu lawatan sehari ke Desaru pada Ahad itu.



Encik Png berkata kebanyakan orang mungkin tidak kisah akan perkara tersebut, kerana "menjadi menteri ada keistimewaannya", tetapi beliau berkata beberapa orang lain dalam kumpulan Encik Tan juga tidak perlu beratur.



Beliau berkata seorang penduduk berusia 89 tahun dalam kumpulannya, dan seorang yang cedera semasa lawatan itu terpaksa beratur.



Seorang lagi ahli politik WP, Encik Kenneth Foo, juga menulis mengenai kejadian itu di laman Facebooknya.



Pos Encik Png itu dikongsi lebih 600 kali menjelang pagi Selasa.



Netizen membahaskan kejadian tersebut, dengan beberapa orang membela Encik Tan sementara yang lain berkata pemimpin akar umbi tidak perlu diberi layanan khas.



Sementara itu, Facebook kumpulan Fabrications About PAP memberi penjelasan tentang kejadian itu.



Ia menjelaskan dalam satu pos Facebook pada Isnin malam bahawa Encik Tan dalam perjalanan separuh rasmi. Beliau kemudian memilih menyertai penduduknya bagi satu lawatan ke Johor Bahru dan menaiki bas bersama mereka daripada memandu.



"Ia satu lawatan separuh rasmi dan pegawai keselamatan beliau membawa senjata api. Oleh itu, seluruh penduduk dalam bas beliau diberi pelepasan pada masa yang sama," kata pos itu.



Menurut ICA, rekod menunjukkan Encik Png berada di pusat pemeriksaan itu kira-kira 30 minit, dan dilepaskan melalui imigresen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >