Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memorial Pengasas: Orang ramai boleh beri pandangan dan sertai forum

Oct 16, 2015 | 09:20 AM



JAWATANKUASA yang ditugaskan mengemuka konsep bagi sebuah Memorial Pengasas bagi memperingati pemimpin politik generasi pertama Singapura akan mengadakan dialog untuk mendapatkan pandangan orang ramai.


Sebanyak lapan sesi akan diadakan - termasuk bagi belia dan perintis, serta setiap satu dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil - dari 31 Oktober hingga 15 Disember.


Mereka yang berminat menyertainya boleh mendaftar di www.foundersmemorial.sg


Orang ramai juga boleh memberi komen pada laman web, antara lain mengenai tempat dan bentuk memorial itu, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Khamis (15 Okt).


Jawatankuasa Pemandu Memorial Pengasas, yang diketuai pengerusi Esplanade, Encik Lee Tzu Yang, akan juga mendapatkan pandangan melalui kaji selidik pada bulan-bulan mendatang, dan mengadakan perbincangan meja bulat dengan kumpulan pakar seperti ahli sejarah dan pendidik.


Dalam satu surat ke halaman Forum akhbar The Straits Times, Encik Lee berkata panel 15 anggota itu akan berunding dengan pertubuhan bukan pemerintah dan pakar sejarah serta warisan, di samping ahli akademik dan penyelidik.


MCCY berkata maklum balas daripada usaha itu akan menyediakan jawatankuasa tersebut dengan pandangan daripada pihak berkepentingan berbeza dan rakyat Singapura yang luas.


Jawatankuasa tersebut dibentuk pada 30 Jun untuk menampilkan satu konsep bagi memorial bagi memperingati nilai dan cita-cita para pemimpin pengasas serta memberi inspirasi kepada generasi akan datang.


Tugasnya dijangka berterusan hingga akhir tahun depan.


Idea mengadakan Memorial Pengasas dicetuskan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Parlimen pada April, sebulan selepas Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew meninggal dunia pada 23 Mac.


PM Lee berkata bapanya sentiasa sedar beliau tidak bertindak sendirian, sebaliknya beliau "yang pertama dalam kalangan yang sama" dalam sebuah pasukan berbilang kaum yang saling melengkapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >