BAGI menambah karyawan Melayu/Islam dalam bidang teknologi atau teknologi infokom (ICT), Mendaki telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat pendidikan global, General Assembly.
Menerusi MOU itu, ia akan membentuk asas bagi pendekatan kolaboratif mendekati pelbagai segmen masyarakat Melayu/Islam untuk membangunkan minat serta keupayaan mereka dalam sektor teknologi.