YAYASAN Mendaki kelmarin menghargai seramai 40 pemimpin sekolah atas sokongan mereka terhadap pelbagai program anjuran badan bantu diri itu.
Jamuan tengah hari itu dihoskan Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. Acara di bangunan Perpustakaan Negara, Victoria Street, itu dihadiri pengetua dan naib pengetua sekolah, serta ketua jabatan.