Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SESI SEMBANG LANGSUNG ANJURAN REACH DENGAN KERJASAMA BERITA HARIAN DAN YAYASAN MENDAKI

Mendaki kaji tawar biasiswa sektor prasekolah

Aug 23, 2017 | 05:30 AM



MENDAKI sedang mengkaji kemungkinan menawarkan biasiswa bagi menggalak masyarakat Melayu/Islam meneroka peluang pekerjaan dalam sektor prasekolah, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan sesi sembang langsung anjuran unit maklum balas pemerintah Reach, dengan kerjasama Berita Harian dan Yayasan Mendaki, menerusi laman Facebook Berita Harian, bersama dengan Anggota Parlimen GRC Jurong, yang juga anggota Panel Penyeliaan Reach, Cik Rahayu Mahzam, semalam.



Dalam Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan tiga inisiatif mengukuhkan pendidikan prasekolah - iaitu tambahan tempat bagi kanak-kanak daripada dua bulan hingga empat tahun, meningkatkan mutu pendidikan tadika, dan mempertingkat kerjaya guru dan penjaga prasekolah.



Encik Lee turut mengumumkan penubuhan sebuah institusi melatih guru dan pembimbing prasekolah bagi membangunkan sebuah sistem prasekolah kukuh.



Menjelaskan lebih lanjut, Dr Yaacob berkata: "Kami ada sedikit dana, jadi kami sedang berbincang dengan Mendaki untuk memberikan biasiswa bagi menggalak masyarakat Melayu supaya menyertai sektor itu."



Pemerintah juga akan bekerjasama dengan Mendaki dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) bagi menyebarkan maklumat mengenai inisiatif terkini pemerintah membantu lebih ramai masyarakat memanfaatkan peluang dalam sektor tersebut, tambah beliau.



Menjawab pertanyaan tentang sama ada subsidi prasekolah akan ditingkatkan, Dr Yaacob berkata perbincangan sedang dijalankan bagi meluaskan Dana Amanah Pendidikan (ETF) di bawah Mendaki untuk diluaskan kepada prasekolah, khususnya bagi mereka di bawah tiga tahun.



Ketika ini dana itu sudah ditawarkan kepada peringkat prasekolah bagi usia tiga tahun ke atas sehingga ITE.



Dr Yaacob berharap usaha itu akan memberi dorongan kepada ibu bapa bergaji rendah dan agar mereka tidak menjadikan kewangan sebagai halangan bagi pendidikan prasekolah anak mereka.



Dua isu lain yang dibincangkan dalam sesi itu ialah masalah kencing manis dan wawasan Negara Bijak.



Dalam ucapannya semasa Rapat Hari Kebangsaan, Perdana Menteri Lee telah menyentuh kededua isu tersebut sebagai isu jangka panjang yang perlu diberi perhatian.



Dalam hal memerangi kencing manis, Dr Yaacob berkata Mendaki akan menjalankan usaha menggalak gaya hidup sihat seperti menawarkan pilihan makanan lebih sihat dalam acara anjurannya.



"Kami juga sedia bekerjasama dengan pihak-pihak yang memiliki program kesihatan yang boleh menolong masyarakat, malah bersedia menyediakan pembiayaan bagi inisiatif seperti ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >