SERING kali apabila golongan ustaz menyentuh hal wanita dalam mana-mana ceramah agama, secara automatik mereka meletakkan status wanita sebagai suri rumah tangga.
Lantas, pelbagai peringatan dan panduan diberikan - tentang macam mana isteri harus berhias menanti suami pulang bekerja, tentang isteri yang harus bijak menguruskan nafkah daripada suami dan bermacam-macam kisah lagi yang menggambarkan betapa dunia wanita hanyalah di rumah demi anakanak dan suami.