Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendiang Lee sentiasa guru ESM Goh

Mar 29, 2015 | 05:35 PM



ENCIK Lee Kuan Yew pernah dan akan sentiasa menjadi guru kepada Menteri Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong.


"Beliau tidak pernah berhenti berkongsi dan saya sentiasa belajar," kata beliau dalam euloginya kepada mantan Perdana Menteri Pertama Singapura Encik Lee Kuan Yew di Pusat Budaya Universiti (UCC) awal tadi.


Encik Goh, 73 tahun mengambil alih sebagai Perdana Menteri daripada mendiang Encik Lee pada 1990 dan kemudian menyerahkan tugas itu kepada Encik Lee Hsien Loong pada 2004.


Encik Goh telah menyingkap bagaimana beliau kali pertama bertemu mendiang Encik Lee pada 1958 semasa beliau masih menuntut di Institusi Raffles dan telah ke pejabat guaman mendiang Encik Lee untuk menjemput mendiang berucap kepada para pelajar.


Beliau menganggap peluang mempengerusikan taklimat mendiang Encik Lee sebagai pencapaian tertingginya semasa di peringkat sekolah.


Pada awal 1967 Encik Goh menyaksikan bagaimana nama mendiang Encik Lee menjadi sebahagian daripada Singapura.


Beliau memetik bagaimana lawatannya ke Puerto Rico pada 1967, apabila seorang penduduk Puerto Rico memekik 'Chino, Chino' pada Encik Goh.


"Saya pun memekik kembali, Singapura, Singapura.


"Dan lelaki itu membalas pekik, Lee Kuan Yew!"


Menyentuh tentang dasar yang diperkenalkan mendiang Encik Lee, Encik Goh menerangkan bahawa mendiang Encik Lee mendorong rakyatnya untuk bekerja keras kerana perlu mengukuhkan negara yang baru dengan pantas.


"Beliau seorang pemimpin, bukan ahli politik populis.


Tapi mendiang Encik Lee mengajar cara untuk memancing dan membawa ikan masuk ke Singapura.


"Beliau menyediakan rumah dan sekolah untuk jutaan orang.


"Beliau pastikan jalan raya dan taman yang selamat.


"Kesedihan, penghargaan dan rasa sayang padanya bukti kepada semua itu," kata Encik Goh.


Encik Goh juga menganggap mendiang Encik Lee sebagai seorang yang 'bimbang' yang merancang sendiri pucuk kepimpinan.


Beliau ingin diadili sekiranya Singapura dapat bertahan selepas beliau dan para pemimpin lama sudah tiada lagi, bukan kerana bandar yang dibinanya dan kehidupan yang telah beliau perbaiki.


Dalam proses itu, Encik Goh menganggap mendiang Encik Lee telah memendekkan kerjaya politik rakan-rakan lamanya yang dianggap sebagai sesuatu yang pedih baginya.


"Saya tahu beliau rasa apa yang mereka rasakan," katanya.


Encik Goh berkata beliau belajar tentang memperbaharui pucuk kepimpinan daripada mendiang Encik Lee.


Selepas mengundurkan diri daripada menjadi seorang Perdana Menteri pada 2004, kededua Encik Goh dan mendiang Encik Lee terus mengadakan acara makan tengah hari secara kerap.


"Perbualan kami tidak pernah lari daripada kerja dalam kehidupannya.


"Kami mengongsi banyak kebimbangan secara bersama...


"Beliau bimbang tentang hampir semua aspek Singapura," kata Encik Goh.


Sekali sekala, mendiang Encik Lee akan menunjukkan sikap lembutnya, dan mereka akan berbual tentang keluarga dan kesihatan.


Encik Goh menambah:


"Beliau mengubah kehidupan kami.


"Beliau menyentuh hati kami.


"Kami bersedih.


"Tapi saya percaya mendiang Encik Lee akan berkata, Apa nak buat? Inilah kehidupan."


Encik Goh kemudian menggesa orang ramai agar menghargai mendiang Encik Lee dan menyatakan bahawa mendiang Encik Lee ingin Kisah Singapura diteruskan.


"Beliau ingin Singapura berjaya untuk tempoh yang lama selepas beliau tiada lagi.


"Marilah kita bersatu, tidak kira bangsa, bahasa, agama, tua dan muda, kaya dan miskin, semua masyarakat, untuk terus menulis sekuel kisah beliau dan kisah Singapura," kata Encik Goh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >