Mendiang S R Nathan utamakan negara daripada diri sendiri, inspirasi buat semua: PM Lee

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata kehidupan mendiang mantan presiden S R Nathan menjadi inspirasi kepada semua orang dan beliau sentiasa mengutamakan negara daripada dirinya sendiri.

Beliau berkata demikian dalam surat takziah kepada isteri mendiang pada pada Selasa (23 Ogos).

"Terimalah takziah paling mendalam daripada saya di atas pemergian suami anda S R Nathan," tulis Encik Lee.

Mendiang Encik S R Nathan meninggal dunia pada Isnin malam di Hospital Besar Singapura (SGH), pada umur 92 tahun.

Encik Lee berkata mendiang mempunyai kehidupan sukar semasa kecil, tetapi berjaya dalam perkhidmatan awam dan berkhidmat sebagai Presiden Singapura selama 12 tahun.

"Ia sebuah kisah bagaimana Encik Nathan sentiasa mengutamakan negaranya daripada diri sendiri, selalunya dengan pengorbanan peribadi yang besar," tulis Mr Lee.

Beliau berkata mendiang Encik Nathan mempunyai kerjaya awam pelbagai dan cemerlang, dan memuji "pertimbangan arif dan keberanian moral" mendiang.

Mendiang "memainkan peranan penting dalam menghalang Komunis mengambil alih Singapura", tulis Encik Lee.

Di Kementerian Ehwal Luar (MFA), yang Encik Nathan sertai sejurus selepas kemerdekaan Singapura pada 1965, beliau "membantu membina rangkaian diplomatik", ujarnya.

Mendiang juga pernah berkhidmat di Bahagian Keselamatan dan Perisikan sebelum kembali ke MFA sebagai setiausaha tetap.

Encik Lee berkata mendiang Encik Nathan berkhidmat sebagai Presiden paling lama Singapura dengan "bermaruah dan terbilang".

"Beliau mengagumkan pengunjung dengan pengetahuan beliau mengenai ehwal dunia," tulis Encik Lee. "Beliau seorang Presiden mesra dan mudah didekati yang membuat dirinya disayangi rakyat Singapura."

Beliau menubuhkan Cabaran Presiden untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Selepas meletak jawatan sebagai Presiden pada 2011, mendiang menyertai Institut Pengajian Asia Tenggara dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam sebagai Zamil Kanan Unggul.

Di sana, mendiang terus berkongsi pengalaman dan pandangan beliau dengan diplomat, pelajar dan rakyat Singapura daripada generasi baru, tulis Encik Lee.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.