SEORANG bekas pembantu pentadbiran berjaya mendapatkan sebanyak 300 kata laluan pemegang akaun SingPass secara terlarang sebelum menjual butiran yang diperolehinya itu kepada sindiket di China yang terlibat dalam pemalsuan permohonan visa Singapura.
James Sim Guan Liang, 39 tahun, mengaku bersalah atas 73 kesalahan dengan 813 lain masih dipertimbangkan, semalam.