Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

SAJAK

Mengejar Rindu

Nov 12, 2017 | 05:30 AM

Kau tidak direngganginya

Tika ombak menghempas di gigi pantai

Meluputkan suria...

       yang menggenggam waktu siangmu

Pedulikannya...

Rasakan rindumu hadir

      saat senja mengintai di ufuk

Lalu kau nyanyikan lagu cinta

     bersama sapaan bayu yang berlalu

Malam semakin intim denganmu.

Kegelapan hanya warna ketenteraman

Rindu yang kau bawa kau sulam bersama

      bintang yang berkelipan di angkasa

Kejarlah cintamu, yang kau lihat

     bila ia menjadi berkaca-kaca dalam mata

Yang kau rasa kemanisannya

Yang kau nikmati kebahagiannya

Pergilah...

Carilah...

Mulai langkahmu

Sebentar lagi kau akan menemuinya

Dalam rindu yang berpanjangan

Pada suratan

Pada ketetapan-Nya

Diatur begitu indah di antara langit dan bumi

Di situ ada cinta yang hakiki

KAMARIA BUANG

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >