Malam Sastera kembali lagi tahun ini buat kali kelima berturut-turut. Kali ini, ia menampilkan persembahan berbeza sebagai mengenang dan menghargai sumbangan Allahyarham Zaidy Nandir kepada seni dikir barat Singapura dan persuratan Melayu di sini. Acara 'Kekata Kelkatu - Satu Kembara Seni' akan menampilkan lebih 120 perintis dan penggiat kumpulan dikir barat seperti Kelana Purba, 22 Andir Purba, Jala Sutera, Srikandi Purbawisesa, Nobat Pulau Tiga selain kumpulan harmoni 2D. Ikuti laporan CHAIRUL FAHMY HUSSAINI (chairul@sph.com.sg) mengenai penyertaan kumpulan dikir barat dalam Pesta Penulis Singapura buat julung-julung kalinya.
ACARA Malam Sastera yang bakal mewarnai Pesta Penulis Singapura (SWF) tahun ini akan menampilkan satu kelainan - menghargai karya sastera dan seni dikir barat yang diperjuangkan Allahyarham Zaidy Nandir.