Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri, bekas rakan sekerja beri penghormatan kepada mendiang S R Nathan

Aug 23, 2016 | 07:39 AM



DALAM masa sejam kematian mantan presiden S R Nathan, menteri, penjawat awam dan bekas rakan-rakannya berada di Hospital Besar Singapura (SGH) - ada dengan linangan air mata - untuk memberi penghormatan kepada orang yang menjadi mentor dan rakan mereka.



Mendiang Encik Nathan meninggal dunia pada 9.48 malam Isnin (22 Ogos) pada usia 92 tahun. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 31 Julai kerana angin ahmar.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Chan Chun Sing, tiba di hospital berasingan antara 10 dan 11 malam. Mereka kelihatan suram dan tidak bercakap kepada media.



Juga di hospital ialah keluarga mendiang Encik Nathan, yang meninggalkan anak perempuannya, Cik Juthika, 57 tahun, anak lelaki Osith, 53 tahun, serta tiga cucu.



Tetapi orang yang akan paling berasa kehilangan mendiang ialah isteri beliau, Cik Urmila Nandey, 87 tahun, buah hati beliau sejak kecil yang akhirnya dapat beliau memperisterikan selepas hubungan 16 tahun, setelah mengatasi bantahan keluarganya yang berstatus lebih tinggi.



Apabila ditanya keadaan Cik Nathan, Cik Juthika berkata kepada akhbar The Straits Times melalui telefon malam tadi "beliau dalam keadaan baik, terima kasih".



Dr R. Theyvendran, pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura, kelihatan pucat. Beliau, yang bercakap ringkas kepada pemberita, berkata: "Saya sangka beliau akan mempunyai peluang untuk keluar (hospital)".



Mendiang Encik Nathan seorang pemimpin masyarakat teguh dan bekas diplomat, dan bekas rakan-rakan beliau dari Kementerian Ehwal Luar serta pertubuhan lain turut memberi penghormatan mereka.



Mereka termasuk Duta Kelana Bilahari Kausikan, Duta Besar ke Mexico, Cik Jennie Chua, dan Encik Peter Lim, mantan ketua editor daripada The Straits Times.



Dr Balakrishnan berkata di Facebook: "Kami tidak akan melupakan keberanian, kesetiaan, kecekalan dan tenaga beliau dalam membela Singapura dan rakyat Singapura."



Encik Chan melawat mendiang beberapa jam sebelum itu buat kali terakhir.



"Kata-kata tidak akan berlaku adil pada apa yang anda telah lakukan untuk gerakan pekerja kita. Begitu juga saya tidak boleh mengucapkan terima kasih secukupnya kepada anda sebagai seorang mentor," tulis Encik Chan, yang juga ketua buruh, di Facebook.



Malam tadi, sebuah meja disediakan di Blok 5 SGH bagi orang ramai melahirkan penghormatan mereka.



Encik Tan Eng Beng, yang bekerja rapat dengan Encik Nathan sebagai ketua setiausaha sulitnya dari 2005 hingga 2011, berkata: "Beliau selalu mencari mereka yang gagal... dan cara beliau boleh menghulurkan bantuan supaya mereka boleh berdiri lagi dengan bermaruah. Latar belakang rendah beliau membantu menjadikan beliau seorang yang belas dan penyayang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >