Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Belia dan Sukan Malaysia lawat TKPS, beri ucap takziah

IRMA KAMARUDIN
Jun 09, 2015 | 10:40 AM



MENTERI Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, mengunjungi Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) untuk merakamkan takziah kepada mangsa keluarga gempa bumi di Sabah, pagi tadi.


Beliau, yang hadir bersama isterinya, Cik Nori Abdullah, disambut Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Undang-Undang), Cik Indranee Rajah, dan juga pengetua sekolah, Cik Caroline Wu.


"Saya bagi pihak kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangaa gempa bumi di Sabah di Gunung Kinabalu, terutamanya daripada Sekolah Rendah Tanjong Katong," kata Encik Khairy.


Encik Khairy dan isteri juga telah menulis mesej yang kemudian dilekatkan pada papan nota di tapak penghormatan sekolah tersebut.


Ditemui media, Encik Khairy berkata pihak Malaysia sedang melengkapi misi mencari dan menyelamat di Gunung Kinabalu dan akan melihat pada aspek keselamatan mendaki gunung itu selepas ini.


"Kami dalam proses untuk melengkapi misi cari dan menyelemat dan untuk kita mendapat kesan mereka yang masih tidak lagi dijumpa dan selepas ini juga, kita akan melihat pada prosedur keselamatan Gunung Kinabalu sebab tak pernah berlaku gempa bumi yang berpusat di atas darat," kata beliau.


Beliau menambah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Tun Razak, berada di Sabah hari ini bagi penyelesaian operasi mencari dan menyelemat.


Ditanya apakah Sabah akan melihat semula pada had usia mendaki Gunung Kinabalu, Encik Khairy berkata pihaknya bukan hanya perlu melihat pada aspek keselamatan pendakian, malah melihat pada ancaman gerakan seismik di Sabah dan bagaimana ia akan menjejas negeri tersebut pada masa depan.


"Sebelum kita mencapai sebarang penyelesaian meletakkan batas pada usia pendaki, kita perlu memahami apa yang telah berlaku dan ancaman seismik yang kami hadapi.


"Setelah itu dilakukan, dan setelah kami mendapat semakan komprehensif keadaan, barulah kita boleh meletakkan protokol keselamatan baru yang mungkin akan atau mungkin tidak merangkumi batas usia untuk pendaki di masa hadapan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >