Menteri Chan Chun Sing sertai NTUC

MENTERI Kabinet Encik Chan Chun Sing akan menyertai Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sepenuh masa mulai 1 April ini, dalam langkah yang membuak tirai kepada pembaharuan kepimpinan gerakan buruh itu.

Buat masa sekarang, Encik Chan, 45 tahun, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, akan menyertai NTUC secara separuh masa sebelum menyandang jawatannya di gerakan buruh itu sepenuhnya.

Beliau dijangka mengambil alih kepimpinan NTUC daripada Encik Lim Swee Say, yang akan mencapai usia 62 tahun pada Julai tahun depan. Ini sejajar dengan peraturan NTUC bagi menggalak pembaharuan dalam kepimpinan gerakan buruh.

Pelantikan Encik Chan ke NTUC itu diumumkan kepada sekitar 150 pemimpin kesatuan petang tadi, Jumaat.

Langkah tersebut diambil sekitar sebulan setelah Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mendedahkan Disember lalu bahawa pengganti Encik Lim akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.