Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Ehwal Luar UAE lawat Singapura

Oct 29, 2014 | 08:45 PM



MENTERI Ehwal Luar Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan akan berada di Singapura dalam lawatan dua hari hingga Jumaat untuk menghadiri persidangan Jawatankuasa Bersama Singapura-UAE (SUJC) yang buat julung-julung kalinya diadakan.


Beliau akan mempengerusikannya bersama Menteri Ehwal Luar Singapura, Encik K. Shanmugam.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata SUJC akan menjadi wadah utama dalam meningkatkan kerjasama dua hala antara Singapura dengan kerajaan federal UAE. Ia akan diadakan secara dwitahunan.


Sheikh Abdullah dijadualkan menghadiri jamuan malam yang dihos oleh Encik Shanmugam pada hari Khamis.


Jumaat pula Sheikh Abdullah bakal menemui Timbalan Perdana Menteri merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean, di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebelum menemui Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana pada sebelah petang.


Selain itu, Sheikh Abdullah juga dijadualkan mengunjungi Pusat Sumber dan Kaunseling (RCC) di Masjid Khadijah dan bersolat Jumaat di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >