Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Indonesia: S'pura harus fokus pada peranannya saja dalam isu jerebu

Apr 18, 2016 | 10:03 AM



JAKARTA: Indonesia telah mengambil langkah besar untuk mengelak berulangnya kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan krisis jerebu tahun lalu, dan Singapura harus tumpu pada peranannya sahaja dalam isu rentas sempadan itu, daripada prihatin mengenai apa jirannya sedang lakukan.



Itulah pandangan Menteri Sekitaran dan Perhutanan Indonesia, Cik Siti Nurbaya Bakar, yang dilaporkan sebuah laman berita alam sekitar hujung minggu lalu.



"Kami konsisten dalam berpegang pada peranan kami, terutamanya dengan cuba mencegah berulangnya kebakaran tanah dan hutan dan dengan konsisten menguatkuasakan undang-undang. Jadi, soalan saya ialah - apa Pemerintah Singapura telah lakukan? Saya rasa mereka perlu fokus pada peranan mereka sahaja," Cik Siti memberitahu Foresthints.news dalam satu laporan yang disiarkan dalam talian Sabtu lepas.



Menurut laporan itu, beliau merujuk kepada komen yang dibuat oleh rakan sejawatannya dari Singapura di sebuah forum di Singapura Jumaat lalu.



Menteri Sekitar dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata ketika berucap dalam dialog ketiga Singapura mengenai Sumber Dunia Mampan bahawa pemerintah Singapura menyambut baik langkah terkini Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan satu larangan sementara, atau moratorium, ke atas konsesi baru bagi ladang kelapa sawit dan tanah untuk kegiatan perlombongan, dalam usaha melindungi alam sekitar.



Encik Masagos juga berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Encik Nazir Foead, bekas pengarah WWF-Indonesia, oleh Presiden Jokowi untuk menerajui Pemulihan Agensi Tanah Gambut baru.



Tujuan utama agensi itu, yang ditubuhkan oleh Presiden Joko, ialah memulihkan kira-kira dua juta hektar tanah gambut di tujuh wilayah menjelang 2020.



Ucapan Encik Masagos tidak mengandungi sebarang kritikan terhadap Indonesia, mahupun usaha negara itu menangani cabaran alam sekitar yang dihadapinya atau Cik Siti.



Laporan Foresthints itu berkata Cik Siti "memahami keadaan pihak berkuasa Singapura, kerana mereka bercakap besar tentang peranan mereka dalam keadaan itu kepada rakyat mereka sendiri, dan kini mendapati diri mereka dalam kedudukan di mana mereka perlu menyokong kata-kata mereka dengan tindakan atau risiko kehilangan kredibiliti pada mata rakyat mereka sendiri".



"Sebenarnya tidak perlu komen terlalu banyak mengenai bahagian yang Indonesia sedang dimainkan. Tetapi, dengan segala hormat kepada rakan sejawatan saya dari Singapura, apa yang mereka sedang lakukan? Dan ke mana usaha itu membawa mereka?" Cik Siti dipetik sebagai berkata.



Laporan Foresthints itu datang pada hujung minggu apabila pemerintah Indonesia seolah-olah menghantar isyarat bercanggah dalam agenda pembasmian hutan di negara itu.



Walaupun Encik Joko menggesa moratorium ke atas konsesi baru, Kementerian Pertanian mendesak ikrar penebangan hutan sifar oleh sektor swasta dihentikan dek kebimbangan pemain kecil di negara itu mungkin terjejas oleh amalan perdagangan serupa kartel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >