Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri kirim ucap selamat perpisahan di Facebook

Mar 30, 2015 | 12:01 PM



RAMAI menteri telah mengirimkan mesej-mesej perpisahan kepada bapa pengasas moden Singapura mendiang Lee Kuan Yew menerusi Facebook, selepas Upacara Pengebumian Negara, semalam.


Dengan beberapa menteri seperti Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim mengirimkan gambar dengan mesej ringkas "Selamat tinggal Encik Lee. Semoga anda bersemadi dengan tenang", ada yang lain memandang ke hadapan untuk tahun-tahun mendatang.


Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan Jin malam semalam misalnya berkata: "Selamat berpisah dan terima kasi Encik Lee. Kami akan membina masa depan yang lebih baik."


Menteri di Pejabat Perdana Menteri Lim Swee Say pagi tadi juga bercakap tentang negara Singapura yang lebih baik, lapor akhbar The Straits Times.


"Cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee kerana memberi segala jiwa raga untuk mencapai apa yang kita kecapi hari ini ialah untuk mencipta Singapura yang lebih baik bagi semua rakyat Singapura untuk beberapa generasi akan datang," katanya.


Menteri Undang-Undang K. Shanmugam pula mengirimkan gambar-gambar yang menunjukkan orang ramai berdiri di tepi jalan walaupun hujan semasa perarakan jenazah mendiang Lee.


Beliau juga menyentuh tentang mereka yang mengujungi pusat-pusat penghormatan masyarakat di serata Singapura.


"Ini tidak pernah berlaku. Sejuta orang hadir di tepi jalan dan pusat-pusat penghormatan masyarakat di serata Singapura tanpa disuruh. Mereka memanggil namanya 'Lee Kuan Yew' sedang jenazahnya berlepas lalu. Beliau amat dicintai. Dan akan amat dirindui," tulis Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >