Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Luar UAE kagumi usaha RRG

Oct 31, 2014 | 08:38 PM



MENTERI Ehwal Luar Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan, yang berada di Singapura dalam lawatan dua hari hingga Jumaat, telah mengunjungi Pusat Sumber dan Kaunseling (RCC) Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah siang tadi.


Sejurus selepas solat Jumaat, Sheikh Abdullah dibawa ke pusat tersebut dan diberi taklimat oleh Naib Pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, dan Ketua Sekretariat RRG, Encik Salim Mohamed Nasir.


Sekitar 20 minit, beliau meninjau informasi yang dipaparkan melalui pameran interaktif di situ mengenai usaha RRG.


Dibuka Julai lalu, pusat itu merupakan tambahan penting kepada usaha keseluruhan Singapura membanteras ideologi radikal dan ekstremis sejak sedekad lalu.


Sebelum beredar, Sheikh Abdullah menerima risalah khas yang diedarkan di masjid-masjid semalam – menjelaskan kekeliruan di sebalik khilafah Islam kumpulan militan Negara Islam (IS). 


Beliau turut berpeluang menonton klip video lima minit terbitan RRG mengenai ancaman ideologi IS yang dimuat naik di YouTube buat pertama kalinya bagi tontonan umum semalam.


Video tersebut adalah antara siri inisiatif RRG sebagai sebahagian daripada pendekatan masyarakat terhadap ancaman pengganasan dan ektremisme keagamaan.


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >