SINGAPURA semalam melahirkan keprihatinan dan berasa sedih atas kematian tragis Menteri Ziad Abu Ein dari Palestin.
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Palestin, Singapura turut mengambil berat tentang laporan media mengenai penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh anggota keselamatan Israel.