Menteri pelancongan Malaysia: Jumlah lawatan pelawat Singapura berkurangan

JUMLAH lawatan warga Singapura ke Malaysia berkurangan sepanjang awal tahun ini, menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jumlah ketibaan pelancong Singapura di seberang Tambak berkurangan 8.6 peratus.

Ini berbanding pertambahan 5.7 peratus sepanjang tahun lalu, ujar beliau dalam satu kenyataan menerusi Tourism Malaysia.

Datuk Seri Mohamed Nazri, yang berada di Singapura kelmarin, berkata pihaknya "perlu menjalankan pelbagai inisiatif untuk memacu pertumbuhan dari Singapura sepanjang bulan-bulan mendatang".

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.