Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri seru rakyat Singapura bersatu semula dan mara bersama

Sep 14, 2015 | 11:14 AM



BEBERAPA menteri semalam (13 Sep) menggesa rakyat Singapura supaya bersatu semula, merenung kembali dan mara bersama sebagai satu negara selepas bahang pilihan raya umum Jumaat lalu.


Mereka juga berkata mandat kuat yang pengundi beri kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) bermakna kini lebih penting bagi pemerintah berunding dan melibatkan rakyat dengan lebih mendalam dalam membentuk dasar-dasarnya.


PAP memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen, dan mendapat 69.9 peratus undi popular - tambahan 10 peratus daripada Pilihan Raya Umum 2011.


Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, juga berkata adalah penting pembangkang merenung kembali apa yang berlaku, dan bagaimana ia boleh terus memainkan peranan membina dalam politik Singapura pada masa hadapan.


"Semua orang akan disertakan dalam cara kita bergerak ke hadapan, dan setiap orang perlu berasa disertakan dalam cara kita mara," katanya.


"Dengan mandat kuat, pemerintah berada dalam kedudukan unik untuk menyatukan semua orang dan membawa kita ke hadapan."


Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, berkata walaupun perbezaan pendapat tidak akan hilang, yang penting ialah mencari titik persamaan dalam beberapa perkara dan bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai perkara lain.


Menteri Pendidikan Heng Swee Keat pula berkata sokongan kukuh bagi PAP "menjadikan lebih penting bagi kami melibatkan rakyat dengan lebih meluas dan lebih mendalam".


Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dalam ucapan ringkas kepada penduduk di The Pinnacle @ Duxton, berkata keputusan pilihan raya menunjukkan rakyat Singapura dan dunia "ke mana kita mengarah".


"Bahawa kita tahu cara bersatu semula, bahawa kita tahu cara bekerja sebagai satu pasukan, bahawa kita dapat mencari satu kumpulan pemimpin dan orang yang bagus untuk membawa Singapura ke hadapan."


Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew mewakili Tanjong Pagar selama 60 tahun, dan GRC itu mendapat salah satu keputusan pilihan raya terbaik bagi PAP di seluruh negara.


PM Lee berkata: "Saya rasa jika Encik Lee melihat keputusan (pilihan raya ini), beliau akan sangat gembira. Kami juga gembira."


Beliau menambah: "Marilah kita mara dan memastikan bahawa kita terus membina Singapura untuk beberapa tahun akan datang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >