SYARIKAT di negara Asean perlu menyerantau dan menembusi pasaran antarabangsa atau sekurang-kurangnya di negara Asean lain demi mengurangkan kos dan merebut peluang yang ada, kata Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat.
"Satu perkara yang menonjol bagi saya, apabila bercakap tentang perniagaan di Singapura dan di rantau ini adalah skala. Tanpa skala (yang besar), struktur kos bagi menjalankan perniagaan adalah tinggi dan jangkauan (bagi perniagaan) adalah kecil," kata Encik Heng yang berkata Asean adalah ekonomi keenam terbesar di dunia.