SATU sambutan gah yang cukup bermakna meraikan wira sebenar dalam kehidupan harian warga Singapura malam tadi.
Pertunjukan Home Team - yang diadakan buat kali pertama sebagai sebahagian Pertunjukan dan Pesta Home Team (HTSF) tahun ini - memberi tabik hormat kepada semua pegawai Home Team, termasuk anggota Perkhidmatan Negara (NS), yang memainkan peranan penting memastikan keselamatan Singapura.