Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA berhubungan dengan Indonesia berkaitan penahanan bot dengan kapten warga Singapura

Apr 19, 2016 | 02:10 PM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata pada Selasa (19 April) bahawa ia sedang memantau penahanan sebuah kapal yang diketuai oleh warga Singapura di perairan Indonesia dan berhubungab dengan pihak berkuasa Indonesia.

Tentera laut Indonesia menahan bot itu kerana didakwa menangkap ikan di perairan Indonesia tanpa kebenaran. Ia dipintas pada Ahad malam di sekitar perairan Tanjung Berakit, di pulau Bintan, menurut laman web berita detik.com.

Laman tersebut menamakan kapten warga Singapura itu sebagai Encik Shoo Chian Huat. Selain beliau, bot itu mempunyai tiga anak kapal warga Indonesia, kata Komodor S. Irawan, komander tentera laut di Tanjung Pinang, kepada akhbar The Straits Times.

Terdapat juga 13 penumpang - enam warga Singapura dan tujuh rakyat Malaysia.

"MFA sedang memantau perkara ini dengan teliti dan telah berhubung rapat dengan kerabat terdekat warga Singapura ditahan," kata kementerian itu.

"Konsulat kami di Batam juga berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia dan akan terus memberi bantuan konsular yang perlu kepada warga Singapura," katanya.

Mereka kini ditahan di pusat tahanan pangkalan tentera laut Tanjung Pinang di Bintan.

Anak kapal itu akan didakwa kerana ditangkap menangkap ikan tanpa permit di perairan Indonesia, kata Encik Irawan.

"Semasa soal siasat, mereka memberi maklumat tidak konsisten. Pertama, mereka berkata mereka hanya melalui di situ dan ditolak air pasang ke perairan Indonesia. Kemudian, mereka berkata mereka sedang menangkap ikan," katanya.

Laporan detik.com berkata bot itu adalah kapal Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >