Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA ingatkan warga Singapura supaya berkelakuan baik di luar negara

Oct 20, 2016 | 10:39 AM



WARGA Singapura diingatkan sepaya berkelakuan baik apabila berada di luar negara.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) memberi peringatan itu berikutan rentetan penangkapan rakyat Singapura di luar negara.



MFA mengingatkan warga Singapura supaya menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan apabila ke luar negara, dalam nota perjalanan yang dipos di laman webnya pada Rabu (19 Okt).



Ini kali pertama peringatan seumpama itu dikeluarkan oleh MFA.



Difahamkan terdapat kebimbangan kerana, dalam beberapa bulan kebelakangan, rakyat Singapura ditangkap di luar negara kerana kesalahan imigresen dan berkaitan dadah.



Dalam nota itu, MFA berkata melanggar undang-undang asing boleh membawa kepada tangkapan segera dan penahanan dan, di sesetengah negara, proses kehakiman boleh mengambil masa berbulan-bulan.



Warga Singapura yang disabitkan dengan kesalahan di luar negara boleh menghadapi denda berat dan/atau hukuman penjara lama, dan, bagi kesalahan berkaitan dadah, malah hukuman mati.



MFA berkata ia akan memberi bantuan konsular sesuai untuk warga Singapura yang ditangkap dan ditahan di luar negara. Ini termasuk memberitahu waris mereka.



"Bagaimanapun, MFA tidak boleh campur tangan dalam penguatkuasaan undang-undang sah dan pelaksanaan kehakiman negara lain," katanya, sambil menambah bahawa rakyat Singapura perlu teliti dan menjaga tanggungjawab peribadi apabila melancong ke luar negara.



Peringatan ini menyusuli beberapa tangkapan rakyat Singapura di luar negara baru-baru ini.



Pada September, seorang lelaki warga Singapura ditahan kerana mengedar dadah di Bali, selepas dia mengambil dua pakej di pejabat pos yang mengandungi Ice dan kokain.



Dia mendakwa dia tidak tahu kandungan pakej itu dan mengambilnya bagi pihak kawannya.



Pada Ogos, seorang wanita warga Singapura dan dua anak remajanya ditahan di sebuah pusat pemeriksaan Johor Baru selepas dia didakwa membuat isyarat tangan kesat pada pegawai imigresen Malaysia dan menjerit kata-kata kesat sambil membunyikan hon keretanya berulang kali.



Selain itu, ada warga Singapura yang pernah disabitkan dengan kesalahan di pusat pemeriksaan imigresen.



Ini termasuk kes seorang lelaki menarik tangan seorang pegawai imigresen. Beliau kemudian didakwa menghalang pegawai menjalankan tugasnya.



Kes lain termasuk menggunakan telefon bimbit dan memakai fon kepala di pusat pemeriksaan imigresen, dan enggan bekerjasama dengan pegawai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >