Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: Jemaah Singapura selamat

Sep 24, 2015 | 07:38 PM



KONSULAT Besar Singapura di Jeddah telah mengesahkan bahawa jemaah Singapura yang berada di Tanah Suci dilaporkan selamat.


Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), sejauh ini sekitar 7 malam tadi, tiada kes kecederaan atau kematian yang dilaporkan melibatkan warga Singapura.


Memberi respons kepada pertanyaan media mengenai tragedi rempuhan di Mina itu, MFA berkata pihaknya berasa sedih apabila diberitahu tentang kejadian tersebut.


"Kami ingin ucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga-keluarga mangsa," kata kenyataan itu.


MFA akan terus berhubungan dengan warga Singapura di Arab Saudi dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta memantau rapat perkembangan di sana.


Warga yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Riyadh atau Konsulat Besar Singapura di Jeddah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >