Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA keluarkan notis lawatan ke Perancis menyusuli bantahan cukai minyak

Dec 01, 2018 | 07:31 PM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura yang akan melawat atau sudahpun berada di Perancis untuk menjauhkan diri daripada perhimpunan dan demonstrasi besar-besaran di sana.

Ini berikutan bantahan terhadap pemerintah Perancis berhubung cukai minyak di negara itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MFA hari ini (1 Disember), warga negara yang bakal ke Perancis ataupun sudah berada di sana, digesa untuk memantau media tempatan bagi pembangunan terkini dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Sebanyak 282 ribu dan 106 ribu orang telah mengambil bahagian dalam sesi bantahan dan demonstrasi yang masing-masing berlangsung pada 17 dan 24 November lalu, menurut Kementerian Dalaman Perancis.

Lebih banyak bantahan dijangka berlaku di jalan-jalanraya pada hujung minggu 1 dan 2 Disember ini.

"Gangguan trafik, keganasan dan kekacauan mungkin berlaku," kata MFA lagi.

Memandangkan pengangkutan awam mungkin mengalami gangguan ekoran bantahan yang berlaku, MFA menasihatkan agar masa perjalanan ditambahkan terutama di sekitar kawasan bantahan.

Rakyat Singapura juga digalakkan untuk mendaftar dalam talian dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg/ agar mudah untuk pihak MFA menghubungi mereka jika keperluan timbul.

"Anda juga dinasihati untuk membeli insuran perubatan dan perjalanan komprehensif serta sedar tentang tema dan jumlah perlindungan," tambah MFA lagi.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Paris atau Pejabat Tugas MFA di

Kedutaan Republik Singapura di Perancis

16 rue Murillo, 75008 Paris, Perancis

Tel: +33 6 7503 2555

Emel : singemb_par@mfa.sg

atau

Pejabat Tugas MFA (24-jam)

Tanglin, Singapore 248163

Tel: +65 6379 8800 atau 8855

Emel : mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >