Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA keluarkan notis perjalanan, nasihat warga Singapura hati-hati apabila ke Thailand

MFA
Jun 09, 2016 | 11:09 AM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warga Singapura yang akan pergi, atau tinggal di, Thailand semasa tempoh cuti Jun supaya berwaspada berikutan beberapa insiden tahun lalu.



Dalam satu notis perjalanan yang disiarkan di laman webnya pada Selasa (7 Jun), MFA berkata warga Singapura perlu mendapatkan maklumat terbaru mengenai perkembangan terkini melalui wadah berita Thai dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.



"Warga Singapura juga dinasihatkan supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan peribadi mereka, termasuk membeli insurans perjalanan menyeluruh dan membiasakan diri dengan syarat dan liputan dalam polisi insurans," tambah notis itu.



MFA merujuk kepada lima kejadian serangan empat bom berasingan di negara ini.



Yang paling serius ialah pengeboman Kuil Erawan, berhampiran persimpangan Ratchaprasong dan Pusat Beli-belah Central World, di Bangkok pada Ogos 17.



Letupan itu membunuh 20 orang - termasuk seorang warga Singapura - dan mencederakan 125 orang.



MFA berkata rakyat Singapura digalak mendaftar dalam talian dengannya di di https://eregister.mfa.gov.sg/ supaya ia dapat menghubungi mereka jika perlu.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Bangkok atau pejabat bertugas 24 jam MFA di:



Kedutaan Republik Singapura di Thailand



129 South Sathorn Road, Bangkok 10120



Tel: +66-(2) 286-2111



Telefon bertugas: +66-(81) 844-3580



Faks: +66-(2) 287-2578



Emel: singemb_bkk@mfa.sg



Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)



Tel: 63798800, 63798855



Faks: 64767302



Emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >